Terkejut penulis apabila menerima gambar petikan
skrin dari laman sosial Facebook berkenaan seorang remaja yang marahkan
ibunya kerana mencabut pokok ganja yang ditanamnya.
Biarpun ganja dikenali sebagai dadah yang diharamkan penggunaannya di
Malaysia, tetapi remaja itu seperti tidak mengendahkannya sebaliknya
bebas berkongsi berkenaan pokok ganja tanamannya itu di Facebook.
“Hari ini ibu saya cabut pokok ganja diam diam, maka saya membakar dua televisyen di rumah saya terang-terang.
“Ibu menangis tengok keadaan saya… Saya kelu,” katanya dalam status berkenaan.
Daripada apa yang dikongsikan, gambar pokok ganja atau Marijuana itu
dilihat sudah pun besar dan ditanam di satu lokasi yang kelihatan
seperti halaman rumahnya.
Diharapkan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia akan membuka mata
dalam isu ini kerana jika benar, jelas remaja ini mempunyai sumber
bekalan benih anak pokok ganja dan dari mana dia mendapatkannya akan
mencetuskan kebimbangan.
Jelas juga kebimbangn apabila timbul tanda tanya, adakah itu kali
pertama remaja itu menanam ganja atau sebelum ini dia pernah melakukan
perkara sama.
Dibimbangi juga, tujuan remaja itu menanam pokok ganja adalah dengan
bertujuan untuk diproses dan diedarkan kepada penagih yang
memerlukannya.
Menanam pokok ganja walaupun sepohon adalah salah mengikut Seksyen 6B
Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pesalah boleh dihukum penjara seumur
hidup atau disebar tidak kurang daripada enam sebatan.
Sumber: Mynewshub.my