Kali ini, syarikat itu mengetengahkan iklan berdurasi 3:28 minit yang bertajuk ‘A Walk Through Time’.
Sejujurnya, penulis merasakan iklan ini jauh lebih unik dan menarik daripada iklan tahun lalu.
Ia berkisar mengenai perjalanan dua kanak-kanak lelaki yang merentasi tempoh 57 tahun negara selepas mengecapi kemerdekaan.
Tidak dapat dinafikan iklan
ini sememangnya membawa kita mengimbas suasana ketika kegemilangan
filem P.Ramlee, kewujudan bas mini dan juga kemenangan negara meraih
Piala Thomas suatu ketika dahulu.
Secara mudahnya, iklan ini mengajak kita untuk mengimbau kembali pencapaian negara sehingga berada di tahap sekarang.
Diharapkan mesej yang disampaikan dapat memupuk rasa bangga dan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia…