Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub hari ini membatalkan penggunaan kad kredit HSBC miliknya sebagai simbolik memprotes kekejaman Israel terhadap Palestin.
Gambar surat pembatalan dan detik semasa beliau sedang menggunting kad kreditnya telah dimuat naik di halaman Instagram miliknya @ismailsabri60 semalam.
Ismail telah menulis kapsyen seperti berikut dihalaman instagramnya;
"(Ini) Protes terhadap bank itu yang menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin...saya sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Israel,".
Tindakan Ismail itu mendapat banyak komen positif daripada pengikutnya yang rata-rata memuji tindakannya selain status berkenaan juga telah dikongsi ke beberapa laman sosial lain antaranya Twitter dan Facebook. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com