Sebetulnya, penyokong tegar rejim Zionis Israel laknatullah itu sedar bahawa seluruh dunia khususnya umat Islam sedang bertindak memboikot segala jenis urusniaga yang membabitkan kepentingan negara itu.
Media pro-Israel sendiri, CNN.com sebelum ini mendedahkan bagaimana syarikat berkepentingan Israel seperti McDonald's Corporation dan Coca Cola rugi mendadak hasil boikot besar-besaran seluruh dunia berpunca dari tindakan biadap rejim zalim tersebut.
Pun begitu, para penyokong Israel itu masih lagi tidak punya maruah dan tidak malu untuk mencabar dunia untuk terus memboikot syarikat-syarikat berkaitan negara haram itu.
Kononnya tindakan memboikot tersebut tidak memberi sebarang kesan terhadap mereka!
Benarkah begitu? Tidak berkesan? Atau CNN sekadar berbohong lagi?
Memang benar Rasulullah SAW dulu pernah menjalin kerjasama dan berurusniaga dengan puak Yahudi. Namun suasana dan keadaan jauh berbeza ekoran cabaran kurang ajar dari negara haram itu, bukan? Ia jelas berlainan konteks!
Bagaimana? Sanggup sahut cabaran penyokong tegar Israel laknatullah itu? Pantang rakyat Malaysia dicabar begitu, apatah lagi dari Israel, bukan? - KedahNews.com
Antara senarai yang dikatakan syarikat berkaitan Israel |