Berpantang maut sebelum ajal..
itulah yang boleh dikatakan terhadap nasib seorang gadis yang masih hidup
selepas jatuh dari flat tingkat 7, Bukit Panjang, Singapura pagi semalam.
Tanpa diketahui sebab jatuh,
gadis berusia 18 tahun itu ditemui dalam keadaan telanjang bulat dan berlumuran
darah di bahagian kepala oleh penduduk di koridor pejalan kaki.
Penduduk yang prihatin
kemudiannya menutup tubuh gadis tersebut dengan kain sementara menanti ambulan
tiba.
Difahamkan, gadis tersebut adalah
anggota keluarga Chen dan tinggal di flat berkenaan bersama ibu bapa dan
abangnya yang berusia 21 tahun.
Abangnya yang berada di rumah
ketika kejadian tidak menyedari apa yang berlaku kerana sedang tidur dan hanya
tahu selepas pintu rumah diketuk oleh polis.
Dia mendakwa adiknya tidak
mempunyai masalah dengan keluarga.
Sementara itu jiran-jiran
menyifatkan gadis tersebut seorang yang cantik dan sering dilihat joging di
sekitar kawasan flat tersebut.
Mangsa kini menerima rawatan di
Hospital Khoo Teck Puat.
Sumber : MyNewsHub.My