Jawatan Kosong: Panjat Pokok Kelapa RM6,500 Sebulan!



KedahNews.com percaya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang memiliki kemahiran memanjat pokok mencuba nasib memohon jawatan memanjat pokok kelapa di syarikat seperti di atas.

Mungkin ada yang bekerja di pejabat, bertali leher dan kasut berkilat, sanggup menghantar resume menukar profesion untuk mendapatkan gaji lumayan RM6,500 sebagai pemanjat pokok kelapa.

Mungkinkah ada doktor, akauntan atau jurutera yang berminat?

Bagaimanapun, KedahNews.com tidak pasti sama ada terdapat "typo error" pada iklan jawatan kosong di atas.

Mungkin pihak pengiklan tertambah satu digit '0' di iklan tersebut? 

Agak kurang logiklah untuk kerja yang tidak memerlukan kelulusan ijazah, sarjana atau kedoktoran (PHD) seperti itu untuk menerima bayaran selumayan itu, bukan?

Tapi kalau betullah itu tangga gajinya, rasanya ramai yang nak jadi pemanjat pokok kelapa selepas ini.

Jangan hairan pula nanti anak-anak kita memberitahu guru tentang cita-cita mereka mahu menjadi seorang pemanjat pokok kelapa di sekolah nanti! -KedahNews.com