Keadaan Angin Kencang Dan Laut Bergelora Dijangka Berterusan Hingga Lusa

Gambar hiasan
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, keadaan angin kencang dan laut bergelora dijangka berterusan bagi tempoh 72 jam akan datang.

Kelajuan angin dijangka akan mencecah sehingga 50 kmph, manakala   ketinggian ombak pula sehingga mampu mencapai 3.5 meter. Keadaan ini dilaporkan memberi risiko tinggi kepada bot kecil.

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak (Miri, Bintulu dan Mukah) serta Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga tengah hari Khamis, lapor Jabatan tersebut yang dipetik dari Utusan.com.my.


Sementara itu, aktiviti ribut petir di perairan Bunguran, Reef South, Reef North dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga tengah hari ini. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com