Sebuah premis urut kaki turut diberikan peringatan tegas oleh Jabatan
Agama Islam Wilayan (JAWI) apabila premis itu yang dilihat mirip premis
milik bangsa Cina tetapi menggunakan jam dinding dengan tulisan kalimah
Allah dan Nabi Muhammad SAW.
Apabila diperiksa, di belakang premis berkenaan turut diletakkan tokong Cina yang besar.
Ketika pihak berkuasa berada di dalam premis, seorang wanita
bertudung tiba dan mendakwa dirinya pemilik bersama premis berkenaan
dengan seorang lelaki berbangsa Cina.
Wanita itu mendakwa tokong berkenaan diletakkan untuk memudahkan
pekerja yang kebanyakannya berbangsa Cina dan bukan Islam beribadat.
Kenyataan meragukan itu bagaimanapun mendapat teguran pegawai JAWI.
Penemuan itu dibuat ketika Operasi Bersepadu Membanteras Aktiviti
Haram dengan hampir 1,000 penguat kuasa telah diadakan di Kuala Lumpur
tengah malam tadi.
Sumber: Mynewshub.my