Kuala Lumpur, 17 Ogos – Tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang ingin melantik Presiden Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mula diragui keupayaannya.
Kemampuannya untuk menerajui
kerajaan negeri Selangor mula menjadi
persoalan oleh beberapa penganalisis dan pemerhati politik yang tidak yakin
dengan keupayaan Wan Azizah untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor.
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal
Khas (Jasa) Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Kajang
itu sebelum ini pernah bertindak memainkan kepercayaan rakyat ketika menjadi
Anggota Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) tahun 2008
apabila sengaja meletak jawatan bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang baru layak bertanding ketika itu
dalam pilihan raya kecil kecil pada 26 Ogos 2008.
“Dalam pentadbiran parti (PKR)
itu sendiri, corak kepimpinan parti beliau dipengaruhi ‘pihak ketiga’ dan bukan
ideanya,” kata Tun Faisal dipetik menerusi Bernama TV baru-baru ini.
Justeru itu, dia berharap
penduduk di Selangor harus melihat sejarah yang pernah berlaku pada tahun 2008
kerana Wan Azizah boleh bertindak sama seperti itu bagi membolehkan Anwar
meneruskan karier poltiknya selepas tamat tempoh pengantungan dan layak untkuk
manjadi wakil rakyat.
Selain itu, Abdul Khalid sudah
berjaya membuktikan kemampuannya menjadi Menteri Besar kerana pernah menjawat
jawatan tersebut pada penggal pertama PKR menawan Selangor pada tahun 2008
malah dia juga turut mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah sebagai pentadbir negeri itu.
“Berbanding Abdul Khalid, Dr Wan
Azizah tiada langsung pengalaman mentadbir,” katanya lagi.
Tambah Tun Faisal lagi, tindakan
Abdul Khalid bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu air
di Selangor apabila bersetuju dalam pembinaan Lori Rawatan Air Langat 2 (LRAL2)
menunjukkan sikapnya yang lebih mementingkan kepentingan rakyat berbanding
fahaman politik.
Pandangan tersebut turut
dipersetujui oleh Panel Pemikir Jasa, Lokman Noor Adam yang menyifatkan Abdul
Khalid adalah seorang pemimpin dikateogikan komited dalam menjaga kepentingan
rakyat berbanding parti.
“Isu air di Selangor misalnya,
telah menonjolkan Tan Sri Khalid sebagai pemimpin yang lebih mengutamakan rakyat
berbanding parti.
“Beliau adalah seorang yang
berani untuk melanggar arahan parti bila mana kepentingan rakyat diperjudikan,”
katannya yang sependapat dengan Tun Faisal.
Dekan Kolej Undang-Undang,
Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya
Dr. Ahmad Marthada Mohamed berkata, dalam mentadbir sesebuah negeri seorang
pemimpin perlu mengutamakan kepentingan rakyat berbanding parti.
Ahmad Marthada berkata, seseorang
pemimpin perlu mempunyai kemahiran serta pengalaman luas dalam pelbagai aspek
termasuk kewangan, organisasi dan kemanusian bagi mentadbir sebuah negeri yang
pesat membangun seperti Selangor.
“Pentadbiran sesebuah negeri melibatkan
perancangan yang teliti kerana ada aspek pembangunan, belanjawan dan hubungan
dengan pelabur luar.
“Malahan, kalau diteliti sejarah
politik Dr Wan Azizah, beliau sendiri bukan sukarela berada dalam politik,
sebaliknya menjadi calon atas faktor yang tidak dapat dielakkan, bukan atas
kemampuan atau kemahuan sendiri, jadi bagaimana pula beliau mahu mentadbir
sesuatu yang lebih besar (negeri)?,” ujar Ahmad Marthada.
Pensyarah Kanan Sains Politik,
Universiti Sains Malaysia Dr Sivamurugam Pandian pula berkata, kemampuan wan
Azizah menerajui kerajaan Selangor bukan sahaja diragui oleh pihak lain, malah
rakan sekutu PKR sendiri iaitu PAS awal-awal lagi menolak cadangan PKR itu.
“Berdasarkan kepada keterangan Dr
Wan Azizah sebelum ini, beliau sendiri
mengakui belum bersedia untuk tadbir Selangor, apatah lagi banyak isu
perlu ditangani.
“Barangkali, itu juga menjadi
halangan kepada PAS untuk menolak Dr Wan Azizah. Lebih baik mengekalkan calon
sedia ada atau calon lain yang dirasakan mampu menjalankan tanggungjawab
menteri besar dengan lebih berkesan,” jelas Sivamurugam. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor