Kempen 'Bulan Kemarahan Ummah' Peringkat Alor Setar


Alor Setar, 30 Ogos 2014 - Kempen ‘Bulan Kemarahan Ummah’  anjuran Aman Palestin Berhad dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan NGO-NGO Islam lain  telah yang diadakan di Masjid Ar-Rahman, Alor Merah disini, tadi.

Kempen ini diadakan sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap krisis perang yang berlaku di Gaza, yang bermula jam 7.30 malam, tadi.

Selain itu, hampir 200 jemaah telah hadir bacaan yasin kepada mangsa tragedi pesawat MH17 yang turut diadakan.

Ketua Perhubungan ISMA negeri Kedah., Ustaz Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa turut hadir memberikan ceramah.

Berikut adalah gambar sekitar majlis;




- Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com