Alor Setar, 18 Ogos – Mahkamah
Tinggoi di sini telah menetapkan kes saman bekas pendaftar Kolej Insaniah
(KUIN), Datuk Latifah Hassan akan dibicarakan pada 20 dan 21 Oktober ini.
Keputusan tersebut dibuat oleh
Pesuruhjaya Hakim, Abu Bakar Katar.
Merujuk kepada kes, Latifah
sebelum ini telah memfailkan writ saman terhadap KUIN kerana didakwa telah
memecatnya tanpa sebarang alasan yang sah dalam tempoh 24 jam.
Plantif yang berusia 63 tahun
diwakili tiga peguam Muhamad Faiz Fadzil, Ahmad Faiq Azizan dan Muhammmad Nor
Izzat Nordin manakala KUIN hanya diwakili seorang peguam, Awandi Mohamed
Hashim.
Menurut Faiz, perbicaraan penuh
sepatutnya berlangsung pada 16 Ogos lalu namum terpaksa ditangguhkan kerana
memberi laluan kepada KUIN mencari jalan penyelesaian secara menyeluruh
terdapat beberapa kes lain yang melibatkan anak guamnya.
Latifah berkata, dia mengambil
keputusan itu kerana percaya pemangku Rektor KUIN (2013), Datuk Che Barni Mohd Noor telah
membuat keputusan memecatnya secara bersendirian dan tidak mematuihi perlembagaan
dan Jawatankuasa Perjawatan dan Perkhidmatan (JPP).
Dalam kandungan kontrak sebelum
ini, dia ditawarkan kontrak untuk tempoh dua tahun bermula 13 Disember 2012
sehingga 12 Disember 2014 namum tindakan defenden telah mengeluarkan notis awal
penamatan perkhimatannya bertarikh 27 Jun 2013 ynag berkuatkuasa 1 Julai 2013. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor