Gaza – Seorang doktor sukarelawan warga Britain di Gaza, David Nott di bawah panji Palang Merah menggambarkan keadaan bertugas di wilayah zon perang itu bagaikan "hari kiamat".
Nott yang sebelum ini pernah bertugas di medan konflik termasuk Bosnia
dan Iraq, pada hari pertama gencatan senjata selama 72 jam dilaksanakan,
dia terpaksa bertugas "over time" dalam tempoh 12 jam membedah mangsa serangan kejam Israel di hospital Gaza.
“Saya menghabiskan masa selama 12 jam dalam bilik bedah di hosputal Al-Shifa di Gaza dan ia merupakan hari yang sukar.
“Kami mempunyai pesakit seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan
tahun, yang mengalami kecederaan teruk akibat letupan. Terdapat lubang
di bahagian perut belakang dan dada.
“Nasib baik kita berjaya menyelamatkannya,’’ katanya yang dipetik dari media antarabangsa.
Menurut doktor itu lagi, kebanyakan pembedahan dijalankan bersama rakan-rakan doktor lain adalah melibatkan kanak-kanak dan remaja.
“Pada waktu tengahari, kami mendengar hospital akan dibom dan ketika
itu saya sedang melakukan pembedahan dan tidak boleh meninggalkan
pesakit. Hanya saya dan rakan setugas.
“Kami hanya bersembunyi dalam bilik bedah,’’ jelasnya.
Nott turut berkongsi kisah menyayat hati, menceritakan bagaimana dia cuba menyelamatkan nyawa seorang lelaki
berusia 25 tahun akibat serangan bom, namun kesal, lelaki tersebut gagal
diselamatkan.
Katanya lagi, dalam kejadian beberapa hari yang lalu, hanya dalam masa 20 minit sahaja, seramai 140
orang tiba di hospital tempat dia bertugas akibat cedera dan rakannya dari Itali, Dr Mauro
Della Torre, terpaksa melakukan pembedahan di atas lantai.
"Bilik bedah di hospiral Al-Shifa adalah yang paling huru-hara di dunia tetapi ia masih berfungsi,’’ katanya kepada media.
Israel baru-baru ini setuju mengumumkan gencatan senjata selama 72 jam, namun rejim Yahudi laknatullah itu selamba mencabuli gencatan senjata itu dalam hanya beberapa jam selepas ia dikuatkuasakan. - KedahNews.com