Menteri Belia dan Sukan Khairy
Jamaluddin Abu Bakar mengarahkan Pesuruhjaya Sukan Ahmad Shapawi Ismail
memulakan proses untuk menggantung Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia
(PKBM) selepas meneliti laporan Panel Penasihat Sukan (PPS) sebentar tadi.
Ahmad Shapawi diarahkan Khairy
untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada PKBM hari ini.
Terdahulu Khairy mengadakan
mesyuarat di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mendapatkan keputusan PPS
mengenai laporan audit yang dijalankan unit audit dalaman kementeriannya.
Seandainya gagal memberikan
alasan yang kukuh PKBM akan digantung.
PKBM sebelum ini disiasat susulan
kegagalan dan prestasi kurang memberangsangkan pelumba lebuh raya negara di
pentas Sukan SEA walaupun mendapat peruntukan kewangan yang disalurkan KBS.
Sumber : Metro Online