Kuala Lumpur – Pemuda MIC
menyifatkan krisis yang berlaku di Selangor dalam perebutan jawatan Menteri
Besar adalah satu sandiwara yang direka oleh Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Pemuda MIC Kebangsaan,
C.Sivarraajh berkata, krisis yang berlaku di dalam PR adalah satu sandiwara
bagi menaikkan nama beberapa pemimpin dalam parti itu kepada masyarakat di
negara ini tanpa mengira kesan yang bakal ditanggung oleh rakyat berhubung
perkara tersebut.
“Rakyat selangor merana, pemimpin
PKR akan terus menjadi terkenal. Masyarakat kita senang terperdaya dan dikaburi
dengan segala macam penjelasan sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kami
akan tetap menang selangor.
“Kita akan saksikan sejauh mana
`drama’ ini berlanjutan,” katanya dipetik melalui satu kenyataan semalam.
Menurut Sivarraajh lagi, sandiwara
yang sengaja dicipta oleh PR sebenarnya telah memakan diri sendiri apabila
rakyat mula sedar ikatan yang dibina oleh ketiga buah parti ini sebenarnya
tidak pernah wujud.
Sivarraajh berkata sekiranya
benar PR adalah sebuah parti gabungan yang dikatakan di bentuk untuk rakyat,
isu pemilihan Menteri besar di Selangor pasti dapat diselesaikan dengan baik,
namum kemelut yang berlaku kini menunjukan ketiga-tiga pemimpin dalam PR seolah-olah
berperang sesame sendir bagi membuat sesuatu keputusan.
“Sepanjang penggal ini, pemimpin
PKR, DAP dan PAS akan sibuk dengan politik dalaman mereka.
“Rakyat yang terpaksa merana dan
akan diabaikan. Segala polisi kerajaan selangor; kebajikan dan ekonomi akan tergugat,”
ujarnya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir
Shukor