Krisis MB Selangor: Khalid Cabar Kak Wan Buktikan Sokongan Majoriti Dalam Dewan DUN


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Khalid telah menyatakan perkara itu melalui status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya sebentar tadi.
 

Kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikeluarkan di akaun Facebook miliknya sebentar tadi. – Gambar Facebook, 14 Ogos, 2014.

Khalid berkata, ‎sokongan itu perlu dibuktikan melalui undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya maklum tentang pengumuman Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti ahli DUN.

"Sungguh begitu, dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor.

"Sehingga proses itu berlaku, pentadbiran kerajaan akan berjalan seperti biasa," katanya yang dipetik dari laman Themalaysianinsider.com - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com