Kuala Lumpur, 10 Ogos – Seorang lelaki
bertindak menyimbah minyak panas ke badan seorang pekerja medan selera
dipercayai berang kerana tidak diberikan makanan oleh wanita itu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, suspek
yang berusia 40 tahun pada mulanya pergi bertemu mangsa, Sofea Batrissya, 30,
untuk meminta makanan.
Lelaki yang merupakan seorang
kutu rayau dikatakan berang apabila permintaannya tidak dipedulikan oleh wanita
warga Indonesia itu lalu bertindak masuk ke bahagian dalam dapur dan mengambil
minyak panas.
Suspek kemudiannya menyimbah
minyak panas berkenaan ke badan mangsa menyebabkan wanita itu menggelupur
kesakitan akibat melecur.
Mangsa yang meraung kesakitan
kemudiannya dibantu oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian sebelum di
bawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan. –KedahNews.com/Mohd Shahir
Shukor