Gambar hiasan |
Sandakan - Mayat seorang lelaki bersama nota bertulis "tidak tahan tekanan kerja" ditemui di tingkat lima tempat letak kereta di sebuah bangunan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata mayat Chang Fui Leong, 45, dijumpai pada pukul 2.50 pagi tadi.
Hasil pemeriksaan polis telah menemui sekeping nota dalam tulisan Cina pada poket seluar mangsa berbunyi; "Saya tidak tahan tekanan kerja, saya bunuh diri, tolong hubungi kawan saya dan adik saya," Kata Rowell yang dipetik dari Bernama.com.
Siasatan lanjut mendapati mangsa dipercayai terjun dari tingkat 10 bangunan berkenaan.
Katanya, semakan pada kamera litar tertutup (CCTV) bangunan tersebut mendapati mangsa berjalan ke tingkat 10 berseorangan.
Katanya, semakan pada kamera litar tertutup (CCTV) bangunan tersebut mendapati mangsa berjalan ke tingkat 10 berseorangan.
Namun, detik ketika mangsa terjun tidak didapati.
Menurut Rowell, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan untuk bedah siasat dan keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung kejadian.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com