Lelaki Maut ketika Diurut Di Pusat Refleksologi?


Miri, 11 Ogos – Seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang diurut di sebuah Pusat Urut Refleksologi di sini lewat malam semalam.

Ketika kejadian Yap Kien Bun, 41, dikatakan tidak sedarkan diri semasa sedang diurut oleh pekerja di pusat refleksologi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP), Gan Tian Kee berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.00 tengah malam semalam.

Menurut Tian Kee, pekerja refleksologi menyedari lelaki berasal dari Perak tidak bergerak ketika sedang diurut dan pihak mereka telah melakukan perlbagai usaha untuk menyelamatkannya namum gagal sebelum menghubungi Hospital Miri bagi mendapatkan bantuan.

"Pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemeriksaan mendapati tiada kecederaan atau kesan luka dikesan pada tubuh mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Miri," katanya lagi.

Polis mengklasifikasikan kematian lelaki tersebut sebagai kes mati mengejut setelah pemeriksaan dijalankan tidak menemuai sebarang kecederaan pada badan mangsa. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor