Teluk Montego Seorang lelaki
warga Venezuela ditangkap kerana cuba menyeludup wang tunai berjumlah
AS$103,500 (RM327,000) dari Jamaica selepas dia menelan lebih 80 bungkusan
plastik mengandungi wang berkenaan.
Eddy Alberio Mancipe Ortega, 41,
ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Sangster di Teluk Montego ketika
hendak berlepas ke Trinidad.
Ortega mengaku kepada polis
bahawa dia menghabiskan masa dua hari untuk menelan bungkusan plastik
berkenaan.
Menurut akhbar The Gleaner, dia
dihukum penjara tiga bulan oleh pihak berkuasa Jamaica.
Kerana dia sudah ditahan sejak
lapan bulan lalu, Ortega diusir ke negara asalnya serta-merta.
Sehubungan itu, Jamaica kini
meningkatkan pemeriksaan terhadap mereka yang meninggalkan negara itu.
Ketua Bahagian Siasatan Kewangan
Justin Felice berkata, ini kali pertama pihaknya menemui wang tunai diseludup
dari Jamaica dengan cara itu.
“Ia menggambarkan bagaimana orang
akan menjadi kreatif untu mengelak dikesan pihak berkuasa yang cuba memerangi
pengubahan wang haram,” katanya. – Agensi