Lelaki "Terdesak" Tawar RM100,000 Ajak Julia Ziegler Keluar!!


Cerita mengenai artis wanita sering diburu golongan atasan seperti Fazura, Rozita Che Wan, Erra Fazira dan beberapa lagi artis yang tergolong dalam kategori ‘cantik’ sudah menjadi kebiasaan dalam industry hiburan.

Hari ini KedahNews.com ini berkongsi mengenai kisah pelakon wanita, Julia Ziegler yang turut mengalami nasib sama seperti rakan artis wanita yang lain.

Baru-baru ini, pelakon yang sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi itu ada memuatnaik satu gambar ‘screenshot’ pesanan (mesej) seorang peminat di dalam laman Instagramnya.

Apa yang menarik untuk diperkatakan, kandungan mesej yang dihantar oleh peminat Julia yang sanggup menawarkan RM100,000 asalkan pelakon itu sudi meluangkan masa untuk keluar bersamanya.

Julia Ziegler Kongsi Mesej Peminat Terdesak Ajaknya Keluar 

Nampak sangat lelaki ini terdesakkan?

Yang lebih menarik perhatian KedahNews.com, lelaki tersebut turut menawarkan beg berjenama Chanel dan menjadikan Julia sebagai seorang duta untuk produk terbaru syarikatnya setelah pelakon itu tidak menghiraukan mesej yang dihantar kepadanya sebelum ini.

Malahan tindakan itu dianggap satu perbuatan yang sangat melucukan oleh Julia kerana dia bukanlah wanita sepert itu.
Untung artis wanita yang cantik-cantik kan? –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor