"Mak Nyah" Ditahan Liwat Lelaki Di Butik Pengantin!!


Kangar, 10 Ogos – Seorang pondan berusia 30 tahun telah ditahan oleh Polis kerana disyaki meliwat seorang lelaki awal pagi semalam.

Suspek telah direman selama seminggu bagi membantu siasatan selepas mangsa membuat laporan polis berikutan diliwat sebanyak dua kali oleh lelaki tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, pondan tersebut didakwa meliwat lelaki berusia 23 tahun di sebuah butik pengantin milik suspek di Arau.

“Mangsa yang mengenali suspek melalui media sosial pergi berjumpa suspek di premisnya selepas pukul 12 malam, apabila sampai ke butik pondan tersebut, mangsa mendakwa telah diserang suspek selain dicederakan di bahagian kepala sebelum diliwat sebanyak dua kali.

“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan di kepala kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau kira-kira pada pukul 4 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Ku Yaacob, sejurus meliwat mangsa, suspek turut mengugut akan mencederakannya selain menyebarkan rakaman tersebut serta memuatnaik gambar perbuatan mereka ke dalam laman sosial Facebook.

Tambah Ku Yaacob, suspek bertindak mengugut mangsa mengunakan khidmat pesana ringan (sms) selepas beberapa jam meliwat lelaki tersebut.

“Suspek akan disoal siasat sementara menunggu laporan perubatan untuk tindakan pihak polis seterusnya,” ujar Ku Yaacob lagi.

Jika disabitkan kesalahan, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor