Nak diikutkan memang pelik bunyinya tapi sebuah pusat beli
belah besar yang boleh dikira baru dibuka di Seremban dikhabarkan tidak
meletakkan cermin di dalam tandasnya.
Dengar khabar ada cerita mistik di sebalik tindakan ini
iaitu mengelak gangguan yang gemar muncul jika terdapat cermin dalam tandas.
Mengikut cerita yang kini tersebar di laman sosial, kisah
seram di tandas pusat beli belah ini bukan rahsia lagi malah ia pernah
disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina.
Selain tandas, pengunjung juga didakwa mengalami gangguan
aneh ketika menonton wayang termasuk kaki tiba-tiba ditarik atau rambut terasa
seperti diusik.
Benarkah dakwaan ini atau ia sekadar untuk menjejaskan pusat
beli belah yang terbengkalai selama 10 tahun sebelum beroperasi ini?
Hanya mereka yang pernah mengalami pengalaman seram di sini
dapat memberikan kepastian.
Sumber : MyNewsHub.my