Pemenang program Masterchef UK 2014, Catherine Chin Wan Ping Coombes
mengecam tindakan sebuah portal Australia yang menyiarkan laporan palsu
berhubung gambarnya yang dikongsikan di Twitter.
Catherine berkongsikan gambarnya menaiki pesawat MAS, penerbangan
dari London ke Kuala Lumpur, yang kelihatan banyak kerusi kosong dalam
kelas perniagaan yang dinaikinya.
Portal itu didakwa membuat laporan palsu mengatakan insiden MH17 yang
ditembak jatuh 17 Julai lalu telah memberi tamparan hebat kepada MAS
berikutan penumpang sudah tidak lagi memilih MAS untuk menuju ke destinasi masing-masing.
Catherine ke ibu negara ditemani suaminya, warga British bersama anak
perempuan mereka dibenarkan masuk terlebih dahulu kerana mengikut
polisi penerbangan, keluarga yang bersama anak kecil akan diberi
keutamaan untuk masuk dahulu sebelum penumpang lain.
“Bangun pagi dengan gambar ini terpampang di media! Sesiapa yang
pernah naik kapal terbang pasti mengetahui mereka akan membenarkan
penumpang dengan anak kecil naik pesawat terlebih dahulu, penerbangan
yang saya naik tidak kosong, sebaliknya ia memang penuh dengan
penumpang,” bidas Catherine yang merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak
ini.
Sumber: Mynewshub.my