Menteri Besar Selangor, Tan sri
Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan telah memfailkan sama terhadap laman portal
berita The Malaysia Insider (TMI) semalam kerana menyiarkan artikel yang mengambarkan
satu kempen ‘anti Khalid’.
Dalam artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris bertajuk ‘Going
by Selangor Ruler’s’, penulis TMI seolah-olah bertindak mempersoalkan tindakan
Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dalam menyelesaikan hutang berjumlah RM70
juta yang dipinjamkan dari bank Islam.
Selain itu, penulis juga turut
mempersoalkan cara Abdul Khalid menyelasaikan isu berkaitan pembinaan Lebuhraya
Kinrara-Damansara (KIDEX).
Abdul Khalid difahamkan sudah
memfailkan saman itu melalui peguamnya New Sin Yew dari firma Bon Advocates
terhadap TMI di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Saman tersebut menamakan Ketua
Pegawai Eksekutif dan Editor TMI, Jahabar Sadiq serta Editor Bahasa Melayu Amin
Shah Iskandar sebagai defendan.
Selain itu, Abdul Khalid turut
menamakan Syarikat The Edge Communication Sdn Bhd dalam saman tersebut setelah
syarikat itu mengambil alih portal berkenaan enam bulan lepas.
Dalam saman tersebut, Abdul
Khaild yang merupakan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang memohon pihak
TMI membayar ganti rugi terhadapnya serta mahu artikel berkenaan ditarik balik.
Tindakan tersebut dilakukan
sebagai satu langkah awal Abdul Khalid untuk membersihkan nama baiknya sebagai
pentadbur negeri Selangor setelah PKR sebelum ini dilihat mengeluarkan
kenyataan fitnah melalui media khususnya melalui portal berita berkenaan.
Menurut Abdul Khalid dalam sidang
media semalam, dia akan terus mentadbir negeri Selangor setelah diperkenan oleh
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan akan berusaha membersihkan
namanya yang sebelum ini dihentam teruk oelh pemimpin PKR. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor