Media, Wanita Australia Dikecam Burukkan MAS Ketika Malaysia Berkabung #MH17

Media dan seorang wanita warga Australia, Laura Bushley, 26, dikecam hebat ekoran cuba mencetus kontroversi berhubung dakwaan serangan seksual yang kononnya dilakukan oleh seorang anak kapal syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Lebih menjengkelkan, penyiaran dakwaan stesen Channel Seven itu diadakan ketika seluruh negara sedang berkabung mengenang insiden MH17 baru-baru ini.

Warga Malaysia yang bekerja di Hong Kong, Stephanie Yu, yang terkesan mengenai dakwaan tersebut turut meluahkan rasa ragu terhadap dakwaan Bushney yang disifatkan sebagai salah satu cara meraih "publisiti murahan" itu.

"Saya amat terkejut dengan keputusan rangkaian Channel Seven di Australia untuk membuat rakaman bersama Bushney di hari Malaysia berkabung. 

"Saya telah melihat prebiu rakaman itu dan mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan Bushney dan dakwaannya. Jadi, saya pun membuat siasatan dan menemui akaun Instragram lama kepunyaannya. Saya berasa sangat jijik dan marah.

"Jika pun benar pramugara MAS itu bersalah, saya percaya Bushney berkemungkinan sengaja membiarkan tingkah laku itu dan membuat dakwaan selepas itu. Agak jelas dia memperbesarkan isu ini untuk tujuan publisiti, atau sebab-sebab lain,” kata Stephanie yang dipetik dari AstroAwani.com.

Stephanie juga mahu seluruh dunia supaya meneliti keperibadian Bushley dan menilai warga Australia itu sama ada dia bercakap benar atau berbohong untuk mengambil kesempatan mendapatkan publisiti di celah insiden tersebut.

"Jika pun benar pramugara MAS itu bersalah, saya percaya Bushney berkemungkinan sengaja membiarkan tingkah laku itu dan membuat dakwaan selepas itu. Agak jelas dia memperbesarkan isu ini untuk tujuan publisiti, atau sebab-sebab lain,”

Sementara itu, pihak MAS dilaporkan mengambil pendekatan tidak menyebelahi mana-mana pihak berkenaan dakwaan Bushney itu.

Syarikat penerbangan itu juga menegaskan bahawa pihak mereka sedang menyiasat mengenai dakwaan tersebut dan enggan memberi komen lanjut sebelum siasatan selesai dijalankan sepenuhnya. -KedahNews.com