ALHAMDULILLAH…rupa-rupanya penyanyi dan komposer negara seberang, Melly Goeslaw sudahpun tampil dengan imej baru iaitu berhijab.
Memetik laporan Tempo.co, imej itu selari dengan kemunculan album terbarunya yang berjudul ‘Cinta dan Ibadah’ yang dilancarkan pada bulan lalu.
Isteri kepada komposer Anto Hoed itu berkata, dia senang dengan gaya hijabnya kini.
“Saya rasa selesa sekali. Orang bilang panas, tetapi bagi saya pakai atau tak, tetap panas,” ujarnya.
Melly juga menyifatkan hijab tidak akan menghalang dirinya daripada terus bergaya.
Pada masa yang sama, penghijrahannya mendapat sokongan penuh daripada suami dan anak-anak.
Semoga perubahan ini akan menjadi contoh kepada artis Indonesia yang lain yang beragama Islam.
Jangan jadi seperti Marshanda sudah. Sekejap bertudung, sekejap tak…-Mynewshub.my