ULU MELAKA - Penduduk Langkawi digemparkan dengan penemuan mayat bayi
yang masih bertali pusat dipercayai dibuang ke Sungai Titi ChangWang,
Ulu Melaka.
Antara saksi awal penemuan mayat bayi tersebut, Zoolhilmi Harif, 39, berkata bayi tersebut dijumpai pemotong rumput yang menjalankan kerja-kerja pembersihan sekitar sungai.
"Saya antara tiga orang terawal sampai. Saya rasa amat sedih melihat mayat bayi yang sudah kembung berada di dalam sungai.
“Mayat tersebut tersangkut di sekitar ranting buluh ketika kami mula-mula tiba. Kami terus hubungi polis," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Ketua Polis Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah, mayat bayi malang itu dijumpai orang awam sekitar jam 6.56 petang pada 22 Ogos lalu.
"Sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi. Siasatan awal mendapati tiada kecederaan fizikal pada mangsa.
“Mayat bayi yang masih memakai lampin pakai buang itu dibawa ke Hospital Langkawi sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat,” katanya.
Menurutnya lagi, pihak polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. -Sinar Harian