PETALING JAYA: Isteri kepada anak
kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 Tan Size Hiang amat terkejut wang
dalam akaun bank suaminya telah dikeluarkan.
Elaine Chew, 35, berkata, dia
tidak percaya seseorang itu mempunyai keberanian untuk berbuat demikian kepada
Tan dan juga tiga lagi mangsa lain yang hilang bersama 239 penumpang sejak 8
Mac lalu.
"Tidak ada sesiapa dari
pihak bank atau polis memberitahu saya mengenai perkara ini. Saya hanya tahu
melalui laporan akhbar," katanya.
"Saya kemudian pergi ke bank
untuk meminta maklumat, namun tidak diberitahu apa-apa kerana mereka berkata ia
adalah sulit dan rahsia. Saya tidak tahu jumlah sebenar yang diambil."
Ini adalah kali kedua pergi ke
sana.
Chew berkata beliau dihubungi
bank selepas tragedi MH370 untuk menyelesaikan bil-bil kad kredit suaminya tetapi
tidak dibenarkan untuk melihat akaun suaminya.
"Saya tidak tahu apa yang
hendak dikatakan. Saya tidak boleh lihat akaun suami saya tetapi orang lain
boleh mengaksesnya dan mengambil wang itu. Saya terkejut.
"Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada Malaysia Airlines, yang banyak mengambil berat tentang saya
mengenai isu ini, terutamanya jabatan sumber manusia dan penjaga saya,"
kata Chew.
Wang dari akaun Tan adalah antara
empat akaun lain yang dikeluarkan,
dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM110,643.
Akaun lain milik rakyat Malaysia
Hui Pui Heng, 66, dan warga China Ju Kun, 32, dan Tian Jun Wei, 29.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil Persekutuan Datuk Mortadza Nazarene berkata Bukit Aman sedang memburu
dua lagi suspek, termasuk seorang lelaki Pakistan, berkaitan dengan kes ini.
Seorang pegawai Malaysia HSBC
Bank dan suaminya, kedua-duanya berusia 33 tahun telah ditangkap.
Warga Pakistan Farran Ali,
berusia 30-an, manakala suspek yang lain adalah warganegara Malaysia, yang
hanya dikenali sebagai Raj dan dipercayai menjadi dalang.
Ketua komunikasi HSBC Marlene
Kaur berkata pihak bank mengenal pasti kes ini dan telah membuat laporan polis.
"HSBC amat kesal dengan
insiden itu dan meminta maaf kepada keluarga pelanggan kami di atas kesusahan
ini dan memastikan tidak ada sebarang kerugian yang akan berlaku kepada
akaun-akaun ini," jelasnya.
Sumber : Mstar