ALOR SETAR - Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa zon utara di Kulim bukan projek yang membazir.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia akan memberi impak positif kepada kewangan kerajaan negeri dan membuka banyak peluang pekerjaan.
“Cadangan pembangunan lapangan terbang antarabangsa yang baru ini adalah cetusan hasil dari Makmal Transformasi Kedah (MTK) yang diadakan pada 1 hingga 29 September tahun lalu.
“Hasil perbincangan itu bersetuju keperluan untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa yang baru di utara tanah air kerana akan berlaku kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) mengenai rasional kewujudan lapangan terbang itu dan kapasiti pengangkutan barangan dan penumpang.
Mukhriz berkata, pada tahun 2009 hingga 2012, LTABL mencapai pertumbuhan pesat iaitu 43.3 peratus atau 12.5 peratus setahun, berdasarkan kepada data dari Laporan Tahunan Malaysia Airports Holdings Berhad.
“Adalah dijangka LTABL akan mencapai tahap maksimum keupayaan pengendalian penumpang dalam tempoh tiga tahun iaitu pada 2017.
“Memandangkan tempoh pembinaan sesebuah lapangan terbang mengambil masa sekurang-kurangnya empat hingga lima tahun, maka pembangunan satu lapangan terbang antarabangsa baru perlu dilaksanakan,” katanya.
Menurutnya, walaupun pengendalian penumpang di LTABL berkembang dengan pesat, namun pengendalian kargo menguncup pada kadar 10.5 peratus setahun kerana aspek pelaburan ke Pulau Pinang dan Kedah.
“Penurunan muatan kargo ini termasuk kecenderungan agen menghantar barangan kargo terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan kontena menggunakan lebuh raya utara selatan (Plus) kerana penerbangan kargo berkurangan.
“Berbanding cadangan lapangan terbang antarabangsa yang baru ini boleh mengambil alih urusan eksport dan import kargo yang selama ini dikendalikan LTABL,” katanya.
Selain itu, lapangan terbang baru akan mempunyai dua landasan bagi memudahkan pergerakan ketibaan dan pelepasan kapal terbang serta memudahkan kawalan trafik udara.
“Dengan ciri dua landasan ini, kerajaan negeri berpendapat ia dapat menarik syarikat penerbangan tambang murah yang sentiasa memberi penekanan kepada operasi pantas apabila tiba di sesuatu destinasi,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Bashah dalam soalan tambahan meminta kerajaan negeri menyatakan pendirian mengenai bantahan Pulau Pinang berhubung projek itu dan siapa yang akan membiayai pembinaannya.
Mukhriz berkata, beliau tidak berniat buruk terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam cadangan pembinaan lapangan terbang itu.
“Saya melihat LTABL diperbesar sejak empat tahun lalu dan hampir siap. Masalahnya ialah landasan itu sendiri. Kalau pun dibuat sebuah lagi landasan, ia sudah tentu akan melibatkan kawasan industri lain yang sedia ada.
“Berbanding kalau kita bina di Kedah, ia akan menyediakan landasan yang lebih besar. Sekiranya perlu tambak laut bagi kerja pembesaran LTABL, ia sudah tentu melibatkan peruntukan yang lebih besar,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan cuba mendapatkan peruntukan kerajaan pusat untuk membiayai projek itu.
“Kita masih dalam perbincangan awal. Belum ada sebarang rundingan, tetapi perkara ini sudah dalam pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kalau tidak dapat peruntukan kerajaan pusat, mungkin kita akan gunakan alternatif lain dengan penglibatan pihak swasta,” katanya.
Sementara itu, Ooi Tze Min (PKR-Bakar Arang) menyokong cadangan itu sekiranya membawa kebaikan kepada rakyat dan mampu mengembangkan ekonomi negeri.
“Saya setuju cadangan itu. Cuma kerajaan negeri harus pastikan ia bukan projek gajah putih seperti yang berlaku di Perak,” katanya.

Sumber: Sinar Harian