Menurut Nasruddin, projek yang disifatkan kurang bermanfaat untuk rakyat itu menelan belanja sebanyak RM4.63 bilion menggunakan wang rakyat Pulau Pinang dan projek berkenaan "diatur" secara runding terus tanpa sebarang tender terbuka.
"Negeri Pulau Pinang bakal membina Penang Tunnel yang bernilai RM 4.63 Billion sepanjang 6.5 KM.
"Lebih malang projek yang dibiayai sendiri Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini dianugerahkan kepada Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.
"Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan mana mana pihak. Namun kenapa rundingan terus?
"Projek ini juga menerima bantahan dari penduduk dan banyak pihak sama seperti Kidex. Ramai yang mempersoalkan kewajaran membina terowong ini selepas pembinaan jambatan Ke 2 yang sudah memadai untuk melancarkan trafik masuk ke pulau," katanya yang dipetik dari akaun laman Facebook miliknya.

Nasrudin meluahkan rasa pelik beliau terhadap kumpulan penggerak "menggulingkan" Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyerang Menteri Besar Selangor itu berhubung projek Lebuhraya Kidex yang jelas tidak wajar.
Sebaliknya kata AJK PAS Pusat itu, para pemimpin Pakatan Rakyat langsung tidak berani mengecam anak Lim Kit Siang itu secara terbuka sedangkan projek terowong itu jauh lebih wajar untuk dipersoal.
"Namun tindakan LGE ini tidak langsung dikecam oleh pimpinan PR sepertimana TSKI dikecam dan didesak meletakkan jawatan," tulis Nasrudin meluahkan rasa hairan mengenai sikap "double standard" para pemimpin Pakatan Rakyat. -KedahNews.com