Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia ruangan
Nota Neelofa. Syukur, Lofa masih berpeluang berkongsi 1,001 satu cerita
dengan kalian.
Lofa mengambil kesempatan ini merakam jutaan penghargaan yang tak
terhingga kepada semua petugas dan mereka yang terbabit dengan Hari
Berkabung Negara. Insya-Allah segala budi baik, jasa dan pengorbanan
kalian akan terbalas. Sekali lagi, terima kasih.
Seperti dijanjikan, minggu ini Lofa akan berkongsi cerita yang ada
kaitan dengan bulan kemerdekaan yang bakal kita sambut seminggu lagi.
Bagi Lofa, ‘Merdeka’ bermaksud perubahan.
Definisi perubahan sangat
luas, boleh
jadi anjakan aspek pemikiran, tingkah laku dan sebagainya. Yang pasti, perubahan itu mestilah positif.
Sepertimana pembaca sedia maklum, Lofa suka melancong. Lofa gembar
mencabar diri mengenali budaya dan cara hidup masyarakat luar. Bagi
Lofa, Malaysia tetap yang terbaik di hati Lofa. Mungkin ada benar kata
pepatah: ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’.
Di mata Lofa, Malaysia negara yang unik. Kepelbagaian bangsa dan
budaya membuatkan negara kita lain dari negara lain. Makanan misalnya,
ada macam-macam pilihan. Kalau anda pengikut setia ruangan ini, pasti
anda tahu Lofa kuat makan.
Kalau teringin makan asam pedas atau juadah Baba Nyonya, boleh terus pandu ke Melaka. Lagi seronok kalau dapat makan di kedai sekitar Bukit Katil. Nak makanan mamak, pergi saja ke Pulau Pinang. Pilihan Lofa semestinya Nasi Kandar Beratur.
Lapar char kuetiau tengah malam, jangan risau kerana banyak gerai menanti kunjungan kita. Pendek kata, Malaysia syurga makanan. Ketika berkunjung ke Jepun satu ketika dulu, perut meragam minta diisi. Puas juga pusing satu Tokyo mencari makanan halal. Sudahnya makan makanan segera kerana tiada banyak pilihan.
Itu baru sebut pasal makanan, belum lagi budaya. Bagi yang suka berkawan dan menambah kenalan baru macam Lofa, kita sangat beruntung kerana dikelilingi ma-syarakat majmuk. Seronok sebenarnya belajar budaya bangsa lain. Sebagai contoh, menghadiri majlis perkahwinan sahabat berbangsa India, lain suasananya. Meriah tak terkata.
Itu belum lagi sentuh sambutan perayaan. Lofa suka setiap kali diundang menghadiri rumah terbuka rakan bangsa lain. Pernah satu ketika, Lofa bukan main teruja mahu beli baju cheongsam dengan harapan sahabat Lofa akan rasa dihargai.
Bagaimanapun, apabila sampai ke rumah terbukanya, dia hanya pakai kemeja-T dan Lofa pula yang lebih-lebih. Apabila dikenang, seronok jadi anak Malaysia.
Selain itu, Malaysia ada banyak musim. Di luar negara, hanya ada musim panas, sejuk, luruh dan bunga tetapi Malasyia berpuluh-puluh musim.

Tak percaya? Ada musim padi, musim buah, musim berkhatan, musim
kemarau, musim kahwin dan banyak lagi. Pendek kata, Malaysia penuh
dengan sambutan ‘musim’.
Tidak hairan kalau Lofa kata, rakyat Malaysia antara manusia paling gembira di dunia. Kalau dah penuh dengan musim, cuti pun banyak. Tipulah kalau anda semua tak gembira bila ada banyak cuti.

Siapa tak suka cuti,
kan? Oleh itu, berbanggalah jadi rakyat Malaysia. Jangan malas kerja
sebab ada banyak cuti. (gurau saja)
Itu antara faktor mengapa Lofa seronok jadi rakyat Malaysia.
Mungkin ada antara kalian akan kata, “Ek eleh.. biasa je,” tapi percayalah kata Lofa, benda ‘kecil’ beginilah yang perlu kita hargai. Jangan nanti dan terhantuk baru terngadah.
Memandangkan tarikh keramat 31 Ogos semakin hampir, Lofa nak tanya apa perancangan kalian sama-sama memeriahkan sambutan kali ini? Apa, tak ada? Sambut biasa-biasa saja? Ala... tak seronoklah macam tu.
Bukan senang pemimpin terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara. Apa kata, kalau malas sangat nak sambut, buat saja perkara ‘simple’ macam selalu Lofa buat.
Pasang berdera di kediaman dan kenderaan. Tunjukkan semangat patriotik anda. Macam Lofa sebut tadi, sekecil mana pun tindakan kita, ia sangat bermakna.
Itulah cerita Lofa minggu ini. Saja Lofa tulis sesuatu yang santai. Tak semestinya bila sebut pasal kemerdekaan kena serius. Eh! Sebelum terlupa, Lofa ingin ucapkan jutaan terima kasih kepasa semua pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara.
Dek kerana kerja keras dan usaha tidak bertepi mereka, Malaysia bukan lagi tanah jajahan, malah kita setanding dengan negara lain. Jasa dan budi baik anda sangat Lofa hargai.
Kepada pembaca setia, jangan lupa tunjukkan kasih sayang anda pada negara. Pasang bendera tau! Lagu seronok kalau pasang bendera di rumah dan ‘tag’ Lofa di Instagram. Lofa nak tengok berapa ramai berani sahut seruan ini.
Okey, sehingga bertemu lagi. Sebarkan rasa cinta. -myMetro