Nik Aziz Sokong Keputusan PAS Calon Isteri Anwar!!


Kota Bharu, 18 Ogos – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan dia bersetuju dengan keputusan PAS Pusat mencalonkan Presiden Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Nik Aziz menyatakan pendiriannya untuk menyokong keputusan PAS Pusat setelah selesai berbincang dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali berkenaan isu tersebut.

"Saya sudah diberi penjelasan, apa yang penting Pakatan Rakyat kekal," katanya dipetik menerusi Sinar Harian.

Merujuk kepada keputusan PAS semalam, perkara tersebut merupakan satu keputusan yang sudah dijangka semalam kerana akhirnya PAS Pusat menerima cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, PAS turut menamakan Azmin  sebagai calon kedua menjawat jawatan itu, namum PKR pada sidang media semalam memutuskan hanya Wan Azizah calon tunggal untuk menggantikan Abdul Khalid. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor