Nora menerusi laman Instagram Nora memberitahu dia akan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu bagi mengenal pasti dalang disebalik kejadian berkenaan.
"Akaun peribadi Facebook saya digodam. Hilang semuanya. Saya akan buat laporan polis," katanya dalam status berkenaan.
Dalam pada itu, Nora turut menyenaraikan 10 lagi akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya. Jelas Nora, dia berharap peminat tidak akan mengambil perhatian dan tidak tertipu dengan akaun palsu tersebut.
"Kesemua akaun Nora Danish di Facebook ini adalah bukan saya. Sila ambil perhatian, terima kasih," katanya. -Mstar