SUNGAI PETANI - Pusat pelancongan Tanjung Dawai kini berhadapan masalah
hakisan berikutan kejadian ribut dan ombak kuat yang berlaku dalam
tempoh beberapa bulan belakangan ini.
Masalah ini juga berlarutan sejak beberapa tahun lalu apabila tiada sebarang tindakan dilakukan bagi menahan hakisan yang terus berlaku sepanjang musim angin kencang.
Penduduk, Hamid Ayob, 68, mendakwa, hakisan menyebabkan pokok hiasan yang ditanam di pesisiran pantai tumbang sebelum dihanyutkan arus deras.
Menurutnya, keadaan itu juga mendatangkan bahaya kepada aktiviti pesisiran pantai termasuk menjejaskan kehadiran pengunjung kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing.
“Sebelum ini, pesisiran pantai Tanjung Dawai lebih luas, namun ia semakin terhakis disebabkan kurangnya langkah pencegahan diambil menyebabkan banyak pokok yang ditanam, ranap,” katanya.
Dia mendakwa, kehadiran pengunjung ke gerai tepi pantai juga terjejas akibat ombak kuat, tambahan pula cuaca hujan lebat berlarutan dan sesekali pukulan ombak pula mencecah ke bahu jalan.
Dia berkata, sekiranya tiada sebarang perancangan dibuat dalam masa terdekat, hakisan pantai akan terus berlaku yang mana berkemungkinan hakisan menjangkau dua meter dalam setiap tempoh lima tahun akan datang.
Sementara itu, Azmi Yahya, 56, berkata, pihaknya berharap agar beberapa langkah diambil segera bagi memastikan keselamatan orang ramai di pantai terjamin.
“Ia bukan sahaja mampu menarik pelancong untuk menikmati suasana pantai malah lokasi itu boleh dijadikan tarikan utama pelancong ke Kedah sekiranya perancangan teliti dilakukan.
“Namun, sekiranya hakisan dibiarkan begitu sahaja, sudah pasti kehadiran pelancong akan berkurang,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Unit Nelayan Tanjung Dawai, Mohd Zahir Shaari berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada beberapa pihak agar tindakan segera dilakukan bagi mengatasi masalah itu.
“Kita harap pihak berkenaan prihatin terhadap hakisan yang berlaku kerana besar kemungkinan ia menjadi lebih teruk apabila ombak mencecah ke jalan raya,” katanya.
Menurutnya, adalah satu kerugian setelah pokok yang ditanam di pesisiran pantai musnah akibat dipukul ombak sedikit demi sedikit.
“Selain itu, kita bimbang dengan keselamatan penduduk di 160 unit rumah Rancangan Perumahan Awam di sini sekiranya hakisan pantai terus berlaku.

“Kita harapkan adanya perancangan mewujudkan tembok batu memanjang ke
dalam laut dan memanjang di pesisiran pantai bagi mengatasi masalah
hakisan.
“Sekiranya projek berkenaan dapat dilaksanakan, ia bukan sahaja boleh menahan hakisan tetapi lokasi sesuai menyimpan bot nelayan, sekali gus menarik perhatian pelancong dengan adanya tembok batu tersebut,” katanya.
Katanya, sekiranya dapat dilakukan, ia pasti membawa manfaat kepada kira-kira 1,000 nelayan Tanjung Dawai serta 3,000 penduduk di perkampungan nelayan tersebut.
Menurutnya, bungkusan pasir penahan hakisan yang disusun tahun lalu bagi tujuan itu bagaimanapun tidak berkesan kerana hakisan terus berlaku. -Sinar Harian