PAS Tolak Abdul Khalid Kerana Bukan Ahli PKR - Mat Sabu




Kuala Lumpur, 17 Ogos – Pas Pusat bersetuju untuk menolak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal menerajui negeri berkenaan disebabkan Ahli Undangan Neheri (ADUN) Pelabuhan Klang itu bukan lagi ahli Pakatan Keadilan Rakyat (PKR).

Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu selepas sidang media diadakan bagi mengumumkan nama calon yang disokong parti tersebut bagi menggantikan Abdul Khalid yang di pecat PKR.
Dalam sidang media tersebut, PAS telah mengumumkan dua nama calon Menteri Besar bagi mengantikan Abdul Khalid iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, sokongan PAS sebelum ini kepada Abdul Khalid tidak akan dibangkitkan setelah dia dipecat oleh PKR.

"Sudah tidak timbul lagi soal beliau (Abdul Khalid) kerana dia sudah dipecat partinya.

"Dia bukan lagi ahli PKR. Kita tahaluf siyasi dengan parti bukan dengan individu," katanya dipetik menerusi Sinar Harian.

Menurut Mat Sabu lagi tindakan PAS mencalonkan nama Azmin Ali sebagai calon kedua Menteri Besar akan dilakukan selepas mendapat cadangan daripada Pakatan Rakyat(PR) dan perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat PR hari ini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor