Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Guan Eng Pertubuhan Haram?



JABATAN Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengesahkan Pertubuhan Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, PPS dikenal pasti sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Sebelum ini, dua lelaki berusia 30-an telah ditahan polis selepas dakwaan seorang aktivits sosial berusia 51 tahun, mengatakan dirinya dipukul sekumpulan lelaki yang merupakan anggota PPS dalam satu majlis makan malam di sebuah tokong Cina di Air Itam, Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Akibat kejadian tersebut, lelaki yang juga seorang peniaga itu mendakwa mengalami lebam di mata dan sakit di belakang badan.  

Sumber:  MYNEWSHUB.MY