Payudara Calar, Pedih Beri Susu Pada Kucing


Seorang pemilik akaun laman sosial Facebook mengaku telah 'menjadikan' anak kucing peliharaannya sebagai 'anak susuan'.

Menurut tinjaun kami, akaun tersebut memang wujud, namun ia tidak ditetapkan untuk tatapan umum.

Wanita tersebut telah memuatnaik status dihalaman Facebooknya yang berbunyi;
"Sy ada seekor kitten exotic yang sgt mnja. Mummy dia xnk susukan dia.. so dia pnjat atas saya..korek2 bra sy mcm nk sesuatu..mcm nk menyusu. Bila sy berikan nipple sy..dia isap susu sy smpai kenyang. Sy x tau hukumnya..adakh kitten tu dah jd ank susuan sy atau hukumnya brdisa. Skali tu je sbb sekitar payu*** calar2 n pedih. Pstu sy kasi susu kmbing formula." 
Hasil tinjauan pihak KedahNews.com ke laman Facebook wanita tersebut, ternyata dia merupakan seorang pencinta kucing.

Tidak salah untuk kita memuatnaik apa-apa status dihalaman Facebook kerana itu adalah hak peribadi, namun biarlah berpada dan tidak menjatuhkan maruah sendiri. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com