POKOK SENA - Derita seorang pelajar dari Taman Seri Gading, dekat sini,
yang terpaksa terlantar di atas katil disiarkan Sinar Harian baru-baru
ini mendapat simpati dari Menteri Besar Kedah dengan menyerahkan
sumbangan melalui wakilnya.
Pengarah Unit Media Transformasi Kedah, Noran Zamini Jamaluddin berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merasa simpati dengan nasib yang menimpa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena, Mohd Alif Zainal, 17, yang terlibat dalam kemalangan
Menurutnya, pihaknya t menghulurkan sumbangan jangka pendek seperti lampin pakai buang, sumbangan kuih dan wang tunai sebanyak RM1,000 bagi membeli susu pelajar itu.
“Kami berharap dia akan dapat sembuh bagi mengambil peperiksaan tidak lama lagi. Selain itu, Menteri Besar turut memberi kata-kata semangat kepada keluarga ini supaya terus bersabar dan menganggapnya sebagai dugaan hidup,” katanya yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Pokok Sena.
Noran Zamini berkata, bagi bantuan jangka panjang pihaknya akan memohon sumbangan dari beberapa pasar raya dengan menyumbangkan keperluan secara berskala serta memaklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan kerana pelajar itu ialah ahli Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) cawangan Pokok Sena.
Turut hadir, Imam Masjid An-Nur Pokok Sena, Ismail Jaafar dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Seri Gading, Abd Majid Mat.
Sementara itu, Zainal Che Mat berkata, dia terharu dengan sumbangan yang diberikan oleh Menteri Besar melalui wakilnya itu.
Katanya, dia tidak menyangka masalah yang ditanggung keluarganya itu mendapat perhatian ketua pemimpin negeri ini dengan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung.
"Saya akan belanja wang yang diberi ini dengan sebaik mungkin terutamanya bagi membeli susu yang kosnya agak mahal iaitu RM37 satu tin untuk kegunaan selama dua hari.
"Sumbangan lampin pakai buang itu juga sekurang-kurangnya meringankan beban kami sekeluarga,” katanya. -Sinar Harian