PETALING JAYA: Pelawak Taukeh
(Jambu) bersyukur apabila kereta Myvi berwarna hitam miliknya berjaya ditemui
semula dengan bantuan pengguna laman sosial Instagram selepas didapati hilang
di kediamannya di Selayang pada Isnin.
Taukeh atau nama sebenarnya
Zamatul Amri Zakaria, 38, berkata, kereta tersebut dijumpai ditinggalkan di
tepi lebuhraya Plus di satu kawasan di Ipoh, Perak selepas mendapat maklumat
balas daripada pengguna laman sosial berkenaan.
Semalam (Isnin) saya sedar kereta
tersebut hilang kira-kira pukul 12 tengah hari ketika adik saya ingin keluar ke
kedai. Kereta tersebut saya pakir di luar kawasan kondominium saya.
"Pada awalnya kami cari di
sekeliling kawasan rumah tetapi tak jumpa, selepas itu saya muat naik status
minta pertolongan di laman Instagram dan sejam selepas itu ada pengguna yang
beritahu ternampak kereta itu ditinggalkan di lebuhraya Ipoh," katanya
ketika dihubungi mStar Online, di sini Selasa.
Taukeh berkata, dia menerima
maklum balas tersebut ketika sedang dalam perjalanan untuk membuat laporan
polis di balai polis berhampiran.
Katanya, kereta yang dibeli
daripada pelawak Shahrol (Shiro) itu juga masih belum ditukar nama berikutan
belum habis bayaran pinjaman bank.
Shahrol Shiro turut memuat naik
semula gambar Intagram daripada Taukeh pada petang Isnin.
"Agak sukar juga untuk buat
laporan polis kerana kereta itu bawah nama Shahrol (Shiro), jadi laporan perlu
dibuat atas nama Shahrol.
"Kereta itu saya beli
daripada dia (Shahrol) sebelum dia menyertai program Raja Lawak lagi kira-kira
tiga tahun lalu, kurang lagi setahun untuk habiskan bayaran pinjaman dan tukar
hak milik," katanya.
Kata Taukeh, ia merupakan kereta
keduanya yang diberikan kepada adiknya untuk digunakan bagi melakukan aktviti
harian keluarga mereka.
Sumber : Mstar