Pemuda Kedah Bakal Lancar Tabung Derma Gaza - Ketua Pemuda UMNO Jerai


Guar Chempedak, 7 Ogos – Ketua Pemuda Umno Jerai, Khairul Nizam Mohd Rozi menegaskan pihaknya akan melancarkan tabung derma untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

Usaha itu dilakukan sebagai satu sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan yang sangat mengambil berat tentang penderitaan yang dialami oleh penduduk di Gaza.

"Pemuda Umno Jerai akan melancarkan tabung derma untuk gaza yang akan dilancarkan pada Persidangan Pemuda Umno Bahagian Jerai pada Sabtu ini.

"Pelancaran ini akan dilakukan oleh Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah bagi parlimen Jerai selepas perasmian persidangan,” ujar Khairul Nizam ketika ditemui di  Majlis Sambutan Hari Raya Parlimen Jerai, Dato’Seri Jamil Khir Baharom.

Menurut Khairul Nizam lagi, dalam perbincang sebelum ini bersama Ketua Pemuda Negeri Kedah, tabung derma untuk Gaza akan dijalankan oleh semua parlimen di Negeri Kedah dalam tempoh seminggu selepas perasmian dijalankan.

“Tabung derma bagi rakyat Gaza akan dijalankan diseluruh parlimen dalam negeri Kedah dalam tempoh seminggu selepas perasmian dibuat merujuk kepada perbincangan terdahulu bersama Ketua Pemuda Negeri,” katanya lagi.

Selain itu, Khairul Nizam turut mengesa semua penduduk agama Islam di negara Malaysia agar bersatu dalam usaha memboikot barangan Israel yang dilihat memberi kesan kepada ekonomi mereka.

“Walaupun usaha yang dilakukan dilihat sangat kecil tetapi kesannya sangat mendalam,” tambah Ketua Pemuda Jerai itu lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor