Di saat umat Islam sedang mengeratkan tali silaturrahim sesama saudara seagama sempena Aidilfitri, Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak pula sibuk menzahirkan rasa cemburu mereka terhadap parti kerajaan memerintah, Barisan Nasional (BN), yang lebih dipilih majoriti rakyat Malaysia.
Dalam kenyataan terkini gabungan tiga wakil sayap Pakatan Rakyat itu, mereka menghasut ahli dan para penyokongnya supaya tidak membiarkan UMNO terus tersenyum sambil memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat di seluruh negara.
"Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak menyeru kesemua
ahli-ahli Pakatan Rakyat untuk bersatu dan bertegas, supaya jangan kita
membenarkan Barisan Nasional dan Umno memiliki senyuman terakhir," kata kenyataan tersebut yang dipetik dari laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily.
Peliknya, dalam kenyataan politik yang cuba memburuk-burukkan UMNO-BN itu, isi kandungan utama kenyataan tersebut jika diteliti adalah lebih menjurus kepada cubaan menyelamatkan hubungan PAS-PKR-DAP yang sedang "retak menanti belah".
"Sudah sampailah masa untuk Pakatan Rakyat membuktikan bahawa kita mampu
dan mempunyai hasrat politik untuk menangani krisis dan cabaran di
hadapan kita," kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan tersebut dibuat oleh tiga ketua Pemuda PR, Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Wong Kah Woh (Ketua DAPSY Perak) dan Zafril Mohd Eusoff (Ketua AMK Perak).
Sebetulnya, satu Malaysia tahu bahawa PAS kini sedang dilanda masalah dalaman yang kritikal berhubung survival parti itu di dalam gabungan mereka bersama PKR dan DAP di mana kedua parti tersebut dilihat sering "membuli" PAS.
Kemuncaknya berlaku apabila "rahsia bencikan PKR-DAP" di dalam jiwa PAS ter"bocor" melalui petikan "print screen" What'sapps kumpulan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berkenaan cubaan "konspirasi peringkat tertinggi PKR" untuk menggulingkan Menteri Besar Selangor.
Meskipun AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dipersalah dalam insiden tersebut, rahsia yang mengatakan ramai pimpinan PAS sudah serik dengan PKR-DAP dan mahu parti itu "bermufaraqah" dari PR semakin jelas terbukti.
Walaupun cuba disembunyikan hakikat kebenaran itu, ramai yakin bahawa pemimpin, ahli dan para penyokong PAS bukannya bodoh untuk berdiam diri dan membiarkan parti mereka terus "diperkuda" oleh PKR-DAP sejak tahun 2008 lagi.
Bagaimanapun, para penganalisis politik negara berpendapat bahawa PAS tidak akan keluar dari PR ekoran pengaruh kuat golongan pro-Anwar yang "bersembunyi" di dalam parti itu sejak sekian lama. -KedahNews.com