Pemuda UMNO Sudah "Cemuih", Desak Tindakan Segera

GUAR CHEMPEDAK, 7 OGOS - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai, Khairul Nizam Mohd Rozi menggesa supaya pihak atasan tidak mengambil langkah sambil lewa terhadap penghinaan agama Islam dan kedaulatan raja yang semakin berleluasa di media sosial sekarang.

Tegas Khairul Nizam, isu tersebut tidak boleh dipandang remeh demi menjaga maruah agama dan bangsa.

"Pihak kementerian perlu mengambil tindakan tegas terhadap semua penghinaan yang dibuat terhadap agama islam dan agung kerana ini adalah maruah kita," kata Khairul semasa ditemui di Majlis Hari Raya Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khair di sini, tadi.

Khairul tegaskan bahawa pihak parti dan NGO sudah mula 'meluat' dengan kreadibiliti pihak tersebut kerana ini bukan kali pertama perkara ini terjadi.

"Dari pihak parti dan NGO sudah mula rasa muak dengan suma perkara yang berlaku sekarang dan berharap pihak atasan mengambil tindakan tegas terhadap golongan ini.

"Undang-undang itu ada tapi tak ambil tindakan, tahan orang yang buat kesalahan, buat siasatan namun tiada hukuman dijatuhkan.

"Rakyat jadi tak berpuas hati sebab sudah banyak laporan-laporan dibuat tapi satu tindakan pun tidak dibuat." 

"Sebelum ini, sudah banyak laporan polis dibuat, dari pemuda umno negeri kedah sendiri sudah membuat laporan polis sebagai contoh kes ugut Menteri Besar Kedah," katanya lagi.

Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan berlaku, kerana boleh mempengaruhi cara hidup anak muda pada masa akan datang disebabkan budaya menghina agama islam dan kedaulatan sultan ini. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com