Lebih mengejutkan lagi, pendakwah itu mendakwa PAS telah memburukkan imej Islam dengan meletakkan maruah agama Allah itu pada tahap yang "menjijikan" dari sudut kaca mata golongan bukan Islam di Malaysia.
"Kalau dikatakan Najib lemah kerana hilang terlalu banyak kerusi politik, maka Pas bukan sekadar hilang negeri tetapi ulamanya meletakkan maruah Islam pada tahap yang ‘menjijikkan’ pada pandangan penganut bukan Islam," tegasnya dalam penulisan yang dipetik dari Sinar Harian, baru-baru ini.
Menurut Abdul Naser, dia pernah mengkritik pendekatan tahaluf siyasi PAS dengan rakan-rakan sekutunya, namun hujahnya telah dipatahkan dengan hujah-hujah nas yang lebih bersandarkan "buku" berbanding realistik apa yang berlaku.
"Sebelum PRU13, saya mengkritik tahaaluf siyaasi Pas-DAP walaupun ramai ulama yang menyokong dengan pelbagai dalil agama. Kita perlu melihat pada realiti, bukan sekadar petik ayat al-Quran sahaja.
"Ramai ulama hanya sekadar ulat kitab. Saya menulis bahawa arus liberalisasi pasti ‘outsmart’ Islamisasi dan kita melihat kebenaran ini selepas lebih setahun PRU," katanya lagi.
Selain itu, pendakwah yang aktif di Perak itu juga menganggap Ahli Dewan Undangan Hulu Kelang (PAS), Saari Sungib yang dikatakan gagal taat pada wala' ulama di dalam jemaah dengan menngingkari keputusan Dewan Ulama PAS.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sebelum ini menyindir pedas beberapa pemimipin di dalam partinya menerusi laman sosial Facebook rasminya yang disifatkan sebagai tidak memiliki adab berjemaah kerana mendahului tindakan "imam".
Sindiran menerusi video ceramah itu difahamkan sebagai kiasan yang ditujukan kepada beberapa pemimpin PAS yang sebelum itu bertindak biadad membelakangkan keputusan Abdul Hadi sebagai Presiden. -KedahNews.com