Menerusi ruangan komen di laman Facebook pro-Israel, "The Israel Project", pengguna Facebook, Patrick Glenn Hendry mahu perkahwinan Hilmi dan Norfadhilah dipenuhi derita ekoran tindakan pasangan itu membakar bendera "kesayangan"nya di majlis perkahwinan mereka baru-baru ini.
"May their married life be full of misery," kata Patrick yang dipercayai berketurunan Yahudi itu.
Patrick turut dikesan merupakan penyokong tegar rejim Israel dan memuatkan poster bertulis "We Stand With Israel, Now and Forever" (Kami akan terus bersama Israel, hari ini dan selamanya).
Manakala Hilmi dan Nrofadhilah yang dilaporkan "terkenal" di laman-laman web Israel, semalam.
Bagaimanapun menurut tinjauan KedahNews.com, pasangan pengantin kita itu telah mendapat pembelaan dari beberapa pengguna Facebook dari Malaysia seperti Azura Azu Azuren Full,
Mohd Zuhairy, Ansari Ramli, Khairul Nazri, Muhd Nur Iman, dan ramai lagi.
Mohd Zuhairy, Ansari Ramli, Khairul Nazri, Muhd Nur Iman, dan ramai lagi.
Lebih membanggakan, seorang pengguna Facebook dari Malaysia yang mengaku beragam Hindu,
Sureshsatthi Vel, turut menegaskan dia menyokong umat Islam di Gaza!
Sureshsatthi Vel, turut menegaskan dia menyokong umat Islam di Gaza!
Nampaknya tindakan membakar bendera Israel oleh pasangan Hilmi - Norfadhilah telah berjaya memberi tamparan hebat terhadap para penyokong Israel sehingga mereka diberikan publisiti meluas di negara haram itu.
KedahNews.com mengucapkan syabas kepada kedua pengantin baru itu dan mendoakan agar perkahwinan mereka dicucuri rahmat yang tidak terhingga dari Allah SWT, serta berkekalan hingga ke anak cucu.
Tahniah dan syabas! -KedahNews.com