Kelmarin KedahNews.com ada
menyiarkan mengenai kejayaan hackers Malaysia mengodam laman Facebook (FB) milik
sebuah organisasi yang menyokong Israel, Israel Defense Force serta mempersendakan
penyokong-penyokong tentera Zionis dengan lagu Tan Sri P.Ramlee.
Apa yang dilihat dari kaca mata
KedahNews.com, rakyat Malaysia boleh bersatu
padu bagi menentang kekejaman Israel terhadap Gaza tanpa mengira fahaman
politik serta warna kulit.
Semua ini dapat dilihat melalui
sokongan semua rakyat Malaysia yang semakin lantang bersuara serta berani
menyerang Israel melalui kemahairan dan kebijaksaan seperti dilakukan oleh
pakar-pakar IT terumatanya hacker.
Tindakan yang dilakukan oleh
hacker ini jelas mendatangkan kebimbangan organisasi yang menyokong Israel
apabila mereka bertindak menyekat pengguna media sosial dari Malaysia.
Ini dapat dibuktikan melalai
akaun FB, Israel Defense Force yang sebelum ini berjaya digodam oleh hacker
Malaysia sudah tidak dapat dilayari oleh pengguna hari ini.
Namun begitu, akaun FB ini masih
dapat dilayari oleh pengguna media sosial sekiranya menggunakan proksi internet
dari negara lain.
Hal ini jelas membuktikan
kejayaan hacker Malaysia telah menyebabkan admin page tersebut bertindak
menyekat pengguna laman sosial dari negara ini dari melayari akaun FB mereka.
Daripada sumber yang
KedahNews.com perolehi, tindakan menyekat pengguna media sosial dari Malaysia
disebabkan sokongan rakyat negara ini yang jelas membuka mata penyokong kuat
Israel yang mula mengecam tindakan kerajaannya sendiri.
KedahNews.com sekali lagi
mengucapkan tahniah kepada setiap penduduk di Malaysia yang bersikap bersatu
padu menentang kekejaman Israel dan ini membuktikan sekiranya kita boleh
berkerjasama segala usaha yang dilihat sangat kecil sebenarnya mendatangkan
ketakutan kepada negara-negara kuasa besar. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor