KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana tetap berkeras cuma mahu
mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai
Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ketua DPPM, Suhaizan Kayat berkata, sikap PKR dan DAP yang enggan
menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya
menghantar nama lebih dua calon untuk jawatan itu membuat rakyat
bertambah meluat kepada kedua-dua parti berkenaan.
“Jika PKR dan DAP mahu meneruskan hasrat menghantar hanya satu nama,
maka krisis ini akan berlarutan panjang. Rakyat akan bertambah meluat…
Ia masa terbaik untuk pakatan kembali duduk semeja untuk mencapai
persefahaman yang mungkin gagal dicapai sebelum ini..,” katanya melalui
satu kenyataan hari ini.
Tedahulu, Suhaizan dalam satu kenyataan berasingan mahu mencadangkan
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai calon
Menteri Besar Selangor yang baharu.
Sultan Selangor semalam menitahkan parti PAS, PKR dan DAP
masing-masing mengemukakan dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor
yang baharu.
Ia selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor
1959 yang memperuntukkan Sultan Selangor kuasa budi bicara mutlak dalam
pelantikan seorang Menteri Besar, yang pada pendapat baginda mendapat
kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Sultan Sharafuddin menyampaikan titah berkenaan selepas Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Bukit
Kayangan di sini hari ini untuk menyembah maklum peletakan jawatannya.
Sumber: Mynewshub.my