Georgetown – Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan pihak kerajaan negeri lansung tidak
mengetahui mengenai penganjuran Pesta Sukan Bogel yang di anjurkan di Teluk
Bahang sehingga menjadi viral setelah video tersebut dimuatnaik semalam.
Guan Eng berkata, pihaknya telah
menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan
terperinci mengenai penganjuran pesta sukan yang jelas mencemarkan imej
kerajaan negeri.
Menurut Guan Eng lagi,
penganjuran pesta sukan tersebut jelas satu kesalahan dan pihak kerajaan negeri
tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau kebenaran terhadap aktiviti
tersebut.
“Kita tidak pernah membenarkan
sukan seumpama ini dijalankan di Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
juga tidak pernah mengeluarkan lesen untuk penganjurannya,” katanya pada sidang
media di sini, sebentar tadi.
Video yang berdurasi 5 minit 56
saat sebelum ini telah dimuatnaik dalam Youtube memaparkan sekumpulan lelaki
dan wanita dalam keadaan berbogel sedang melakukan pelbagai aktiviti seperti
melukis di badan dipercayai berlaku di Taman Negara dekat Teluk Bahang.
Namun begitu, video tersebut
sudah dipadam dalam laman Youtube berkemungkinan untuk mengelakkan kemarahan
penduduk di negeri tersebut. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor