Pesta Bogel: Guan Eng Salahkan Kerajaan Persekutuan Untuk Tutup Salah DAP


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membuat 'kenyataan bohong' di laman Twitternya bahawa Kerajaan Persekutuan mewartakan kawasan di Teluk Kampi kepada pegawai awam sahaja.

Kenyataan berikut dibuat bagi menjawab persoalan rakyat yang dikatakan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang membenarkan Pesta Bogel diadakan di kawasan tersebut.

Untuk pengetahuan, kawasan Teluk Kampi tidak pernah sama sekali diwartakan sebagai tempat persendirian oleh kerajaan Persekutuan.

Teluk Kampi merupakan tempat tumpuan pelancong selain menjadi tempat penyu bertelur, kawasan berkenaan juga sering dijadikan tempat untuk kumpulan orang awam berkhemah sambil beriadah.

Orang awam bebas ke sana sama ada melalui jalan darat ataupun dengan menaiki bot yang disewa di Jeti Teluk Bahang.

Menurut penduduk setempat, kawasan tersebut telah lama dikunjungi oleh orang ramai. mereka hanya perlu berjalan kaki selama dua jam dari pintu masuk di Teluk Bahang atau menaiki bot nelayan selama 30 minit untuk ke sana.

Selain itu, para pemancing juga dikatakan sering ke Teluk Kampi untuk memancing di kawasan pantai tersebut.

Manakala, menurut nelayan-nelayan setempat pula, Teluk Kampi sentiasa dikunjungi oleh orang awam kerana pantainya yang cantik dan bersih.

Oleh yang demikian, Guan Eng dilihat jelas berbohong untuk menutup kelemahan kerajaan DAP negeri apabila membuat dakwaan sedemikian.

Para pelajar serta peminat aktiviti lasak juga turut dikatakan sering ke Teluk Kampi untuk menjalankan aktiviti merentas hutan (jungle tracking) serta lain-lain aktiviti hutan. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com