POKOK SENA - Sekumpulan petani di Kampung Apil, Mukim Gajah Mati dekat
sini bakal kerugian beribu ringgit selepas tanaman kundur mereka tidak
dapat dipasarkan hingga menyebabkan ia terbiar.
Petani, Zakaria Muhammad, 66, berkata, dia dan lima rakannya yang lain kecewa kerana tanaman kundur mereka seluas dua hektar itu tidak dapat dipasarkan dan hanya mampu menjualnya secara kecil-kecilan kepada peniaga pasar berdekatan.
Katanya, akibat tidak mahu menanggung kerugian, pihaknya telah menghubungi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Daerah Padang Terap dan pihak berkenaan berjanji akan turun bagi melihat hasil pertanian mereka.
“Bagaimanapun sehingga kini kami masih menunggu pihak Fama datang tetapi masih tidak ada sebarang jawapan yang diberi. Sepatutnya pihak Fama perlu memaklumkan sebarang jawapan.
“Kami harap Fama dapat mengambil hasil tanaman kami ini kerana sudah tiada lagi tempat untuk memasarkannya.
"Adalah mengecewakan jika Fama gagal membantu memasarkan hasil tanaman kami ini kerana telah mengeluarkan modal begitu banyak untuk menanam kundur,” katanya.
Zakaria berkata, dia dan rakannya telah mengeluarkan modal hampir RM8,000 bagi mengusahakan kundur dan cuba memasarkan di pasar tetapi pelbagai alasan telah diberi pemborong untuk menerimanya.
“Selepas empat bulan, tanaman kundur yang diusahakan berkembang baik apabila berat buahnya mencecah hingga 25 kilogram sebiji. Kadang kala berat kundur itu tidak mampu diangkat seorang diri kerana buahnya terlalu besar hasil dari baja yang mencukupi,” katanya.
Menurutnya, isu pasaran merupakan masalah utama petani Melayu di luar bandar dan faktor itulah yang menyebabkan ramai petani di kawasan ini terpaksa gulung tikar hingga menyebabkan mereka kerugian.
Mereka tidak sanggup lagi meneruskan tanaman walaupun kerajaan mahukan pertanian itu sebagai perniagaan tetapi masalah pasaran menjadi halangan utama kepada mereka.
“Oleh itu, saya harap Fama dapat membantu memasarkan tanaman kami petani di luar bandar ini, sekurang-kurangnya dapat memberi semangat kepada petani untuk bertani," katanya.
Sementara itu, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Pusat Operasi Fama, Azizan Mat Isa ketika dihubungi berkata, tanaman kundur tidak termasuk dalam kategori dalam Ladang Kontrak di bawah Kementerian Pertanian.
Katanya, tanaman di bawah Ladang Kontrak mempunyai 16 jenis semuanya termasuk sayur dan buah-buahan.
Ladang Kontrak itu adalah ikatan persetujuan antara Fama dengan pengeluar (petani) mengenai sesuatu tanaman.
"Bagaimanapun Fama akan membantu petani tentang komoditi yang bukan di bawah Ladang Kontrak dan itu pun jika mendapat pasaran serta permintaan dari pengguna atau pun kilang.

"Pihak Fama mengesyorkan petani supaya beralih kepada tanaman sayuran yang mendapat permintaan tinggi dan harganya pula lebih baik,” katanya. -Sinar Harian