Pihak Istana Mahu Akhbar Sinar Harian Betulkan 'Ralat' Berhubung Isu Pentadbiran Mukhriz


Di sini KedahNews.com ingin berkongsi mengenai satu laporan akhbar yang dikeluarkan oleh Sinar Harian berhubung isu teguran yang diberikan terhadap pentadbiran kerajaan negeri Kedah yang dipimpin oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Dalam laporan tersebut ada menyebut mengenai teguran atau kritikan diberikan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah terhadap perancangan kerajaan negeri yang dilihat dilakukan hanya untuk meraih populariti di kalangan rakyat tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang akan berlaku terhadap negeri berkenaan.

Merujuk kepada laporan berkenaan, sepucuk surat telah dihantar dari pihak Istana kepada editor Sinar Harian agar kenyataan yang sebelum ini dikeluarkan oleh akhbar mereka supaya diperbetulkan atau ditarik balik kerana terdapat beberapa kesalahan berhubung berita yang dikeluarkan itu.


Surat yang ditandatangani oleh Penolong Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Mohd Sofwan Bin Mohd Khatib jelas menunjukkan kenyataan akbhar tersebut berkemungkinan satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh mereka.

Menurut laporan sebenar yang KedahNews.com perolehi, apa yang cuba disampaikan oleh Sultan Kedah kepada Mukhriz adalah satu cadangan terhadap kepimpinannya dalam mentadbir negeri Kedah dan bukanlah satu teguran seperti dikeluarkan akhbar tersebut.

Daripada surat yang dihantar oleh pihak Istana itu, akhbar berkenaan pelu segera membetulkan semua kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka kerana ia boleh menjejaskan kreadibilti Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Tinjauan KedahNews.com ke dalam portal online akhbar berkenaan, kenyataan tersebut berkemungkinan sudah dipadam oleh editor mereka. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor